29 April 2024
Dewan Terbuka Kampung Bambangan
Program Lawatan Pemimpin Bersama Rakyat Kawasan N.7 Tandek anjuran Pejabat Parlimen Kota Marudu dirasmikan YB Datuk Wetrom Bahanda Ahli Parlimen Kota Marudu merangkap ADUN N.6 Bandau diiringi isteri Datin Doren Yubing.
Penganjuran program santai ini bertujuan untuk mendapatkan input mengenai keperluan masyarakat di PDM Marak Parak selain mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan penduduk kampung.
PDM Marak Parak mempunyai enam buah kampung iaitu Kampung Bambangan, Kampung Tungab, Kampung Kias, Kampung Sorinsim, Kampung Marak Parak dan Kampung Koindangan.
Dikesempatan ini, YB Datuk Wetrom melihat beberapa projek naik taraf yang boleh dibuat untuk kepentingan penduduk sekitar PDM Marak Parak.
Terima kasih kepada pengerusi penganjur saudara Ridi Bin Garungat dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Turut hadir Pegawai Khas Parlimen P.168 Tuan Mohd Ari Nadzrah Abd Rahman, Tuan Stephen Goh dan Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Bahagian N.7 Tandek Tuan Benson Tuyundo.
#datukwetrombahanda
#parlimenkotamarudu
#kotamaruduberubah
#suarakotamarudu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan