28 Julai 2024
Perkarangan Rumah Tuan Jaikol Pondok, Kampung Samparita Mukim Ulu Bengkoka
Majlis Moginakan Kokotuan & Kesyukuran Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu YB Datuk Wetrom Bahanda Bagi Kawasan N.7 Tandek dirasmikan YB Datuk Peter Anthony Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) merangkap ADUN N.42 Melalap.
Majlis diserikan dengan kehadiran AMT PKDM Pusat merangkap Penyelaras PKDM Kota Belud Datuk Alimuddin Kaida, Tuan Mohd Ari Nadzrah, Tuan Herwin Maranjak, Tuan Stephen Goh, Tuan Benson Tuyundo, Tuan Jaiping Minsu, Tuan Lawrence Saibon, Datuk Jilid Kuminding, Wanita PKDM Matunggong dan wakil-wakil parti Kerajaan Madani serta pemimpin-pemimpin tempatan.
Lebih seribu orang yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum bukan sahaja datang dari N.7 Tandek bahkan dari luar daerah juga turut bersama-sama memeriahkan sambutan tersebut.
Pelbagai persembahan seperti nyanyian, tarian Mongigol Pinakang Kimaragang dan cabutan tiket bertuah disediakan untuk merancakkan lagi majlis ini.
Syabas dan terima kasih ditujukan kepada pengerusi penganjur Dato Baintin Adun serta semua Ahli Jawatankuasa Penyelaras Parti KDM Kawasan DUN N.7 Tandek yang telah memberikan komitmen tinggi dalam menjayakan majlis ini dengan penuh meriah.
Semoga sambutan ini akan dapat menjadi penghubung dalam mengeratkan tali silaturahim sesama kita selaras dengan semangat dan aspirasi Kerajaan Madani.
#datukwetrombahanda
#parlimenkotamarudu
#kotamaruduberubah
#suarakotamarudu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan