YB Datuk Wetrom Bahanda

Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu

Ahli Dewan Undangan Negeri N.6 Bandau

Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)

Payan Diman

Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Kota Marudu

Emran Maidin

Pegawai Khas Parlimen P.168 Kota Marudu

Mohd Ari Nadzrah Bin Abd Rahman

Pegawai Khas Parlimen P.168 Kota Marudu

Stephen Goh

Pegawai Khas Parlimen P.168 Kota Marudu

Herwin Maranjak

Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Kota Marudu Bahagian N.5 Matunggong

Benson Tuyundo

Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Kota Marudu Bahagian N.7 Tandek

Berita

Program Kembara Magandai Dihatiku 2023

 

26-28/Ogos/2023
Kampung Sonsogon Mogis, Paliu, Magandai, Binotungan Suyad

Menjelang Bulan Kemerdekaan 31 Ogos 2023, Pejabat Parlimen P.168 Kota Marudu telah menganjurkan Program Kembara Magandai Dihatiku bersama Ahli Parlimen P.168 merangkap ADUN N.6 Bandau YB Datuk Wetrom Bahanda diiringi isteri Datin Doren Yubing.

Turut hadir Pegawai Khas P.168 Mohd Ari Nadzrah , Stephen Goh, disusuli Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 (N.5) Herwin Maranjak serta Ketua Anak Negeri N.7 Tandek Benson Tuyundo.

Lawatan ini antara inisiatif YB Datuk untuk memberi sumbangan baik pulih rumah, bakul makanan dan wang tunai serta mendapatkan input mengenai keperluan masyarakat Kampung Sonsogon.

Sepanjang program tiga hari, YB Datuk Wetrom sempat merasmikan Mini Sukan Hari Kebangsaan Gelanggang Futsal Tandek sebelum bergerak menyantuni penduduk Kampung Sonsogon Mogis, Paliu, Magandai dan Binotungan Suyad.

Aktiviti-aktiviti yang berjaya dijalankan adalah gotong-royong membina tandas Kampung Sonsogon Mogis, tayangan video Program Pejabat Parlimen, perasmian Tagal Sungai Kampung Sonsogon Paliu dan pertunjukan bunga api.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutama kepada pasukan 4x4 Kota Marudu.

Semoga penganjuran program sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan penduduk kampung sekaligus merapatkan jurang antara pemimpin dan rakyat.

#datukwetrombahanda
#parlimenkotamarudu
#kotamaruduberubah
#suarakotamarudu

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hakcipta © 2025 Bahagian Media Pejabat Parlimen P.168 Kota Marudu

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.