05/Februari/2024
Pekan Kota Marudu
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani, Salam Sabah Maju Jaya dan Salam Tahun Baharu Cina 2024.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menyertai Walkabout Chinese New Year Kota Marudu 2024 Anjuran Pejabat Parlimen P.168 Kota Marudu bersama Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu merangkap ADUN N.6 Bandau YB Datuk Wetrom Bahanda dan Isteri di sekitar Pekan Kota Marudu.
Walaupun penat, cuaca panas pada waktu pagi dan hujan pada waktu petang, kita dapat bersama-sama menghabiskan walkabout ini dengan jayanya. Terima kasih juga kepada semua pemilik permis di Kota Marudu dan jabatan-jabatan yang telah dilawati kerana sudi menerima kehadiran kami.
Akhir kata, saya ucapkan Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le kepada seluruh masyarakat Tiong Hua yang meraikan perayaan Tahun Baharu Cina pada 10 dan 11 Februari 2024 ini. Semoga kita dapat hidup bersatu padu, bersopan santun, bersikap toleransi dan saling memahami tentang agama, adat dan budaya yang sudah terjalin sekian lamanya di negara tercinta kita ini.
TERIMA KASIH
PEJABAT PARLIMEN P.168 KOTA MARUDU
TUAN STEPHEN GOH SELAKU PENGARAH PROGRAM
KDM MATUNGGONG
KDM BANDAU
KDM TANDEK
DAN WARGA P.168 KOTA MARUDU YANG TURUT SERTA
"Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2024"
Ikhlas Daripada,
YB Datuk Wetrom Bahanda
Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu
Merangkap ADUN N.6 Bandau
#datukwetrombahanda
#parlimenkotamarudu
#kotamaruduberubah
#suarakotamarudu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan