YB Datuk Wetrom Bahanda

Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu

Ahli Dewan Undangan Negeri N.6 Bandau

Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)

Payan Diman

Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Kota Marudu

Emran Maidin

Pegawai Khas Parlimen P.168 Kota Marudu

Mohd Ari Nadzrah Bin Abd Rahman

Pegawai Khas Parlimen P.168 Kota Marudu

Stephen Goh

Pegawai Khas Parlimen P.168 Kota Marudu

Herwin Maranjak

Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Kota Marudu Bahagian N.5 Matunggong

Benson Tuyundo

Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Kota Marudu Bahagian N.7 Tandek

Berita

5000 hadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen P.168 Kota Marudu

 

21 April 2024
Dewan Komuniti Kota Marudu

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen P.168 Kota Marudu yang bermula jam 1 tengah hari sehingga jam 4.30 petang berlangsung dengan meriah dan disambut baik masyarakat setempat.

Kira-kira 5,000 pengunjung yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum bukan sahaja datang dari daerah Kota Marudu bahkan dari luar daerah memenuhi perkarangan dewan seawal jam 12 tengah hari.

Dalam majlis berkenaan, Ahli Parlimen P.168 merangkap ADUN N.6 Bandau YB Datuk Wetrom Bahanda diiringi Datin Doren Yubing memberi sumbangan duit raya kepada hampir 500 kanak-kanak yang hadir.

Majlis bertambah meriah lagi dengan persembahan penyanyi "legend" Sabah Abu Bakar Ellah dan tarian daripada pelajar SMK Tandek serta pertunjukan silap mata.

Terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir bagi memeriahkan suasana Aidilfitri ini dan semua pihak yang bertungkus lumus untuk memastikan penganjuran majlis ini dilaksanakan dengan jayanya.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen P.167 Kudat YB Datuk Verdon Bahanda, Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Redonah Bahanda, Pengarah UPPM Sabah Datuk Awang Kadin Tang, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Tionghua Kota Marudu Datuk Goh Wak Kheng, Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superitendan Zairolnizal Ishak, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu Datu Roslin Datu Siabok, Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pentadbiran) Kota Marudu Tuan Marshal Anthony @ Idham, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Kota Marudu Puan Tinah Maralin, Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong Marck @ Hassan Bin Libau, Pegawai Eksekutif MDKM Tuan Abd Sani Bin Arshat, Tuan OKK Mohamad Mahmat, PPM N.6 Bandau Tuan Sharif Kadah Sharif Osman, AMT PKDM Pusat merangkap Penyelaras PKDM Kota Belud Datuk Alimuddin Kaida, Datuk Jilid Kuminding @ Zainuddin, Datuk Baintin Adun, Tuan Jaiping Minsu, Datuk Webley Disim, wakil-wakil parti Kerajaan Madani dan Kerajaan Negeri Sabah serta pemimpin-pemimpin tempatan.

#datukwetrombahanda
#parlimenkotamarudu
#kotamaruduberubah
#suarakotamarudu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hakcipta © 2025 Bahagian Media Pejabat Parlimen P.168 Kota Marudu

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.