YB Datuk Wetrom Bahanda

Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu

Ahli Dewan Undangan Negeri N.6 Bandau

Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)

Payan Diman

Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Kota Marudu

Emran Maidin

Pegawai Khas Parlimen P.168 Kota Marudu

Mohd Ari Nadzrah Bin Abd Rahman

Pegawai Khas Parlimen P.168 Kota Marudu

Stephen Goh

Pegawai Khas Parlimen P.168 Kota Marudu

Herwin Maranjak

Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Kota Marudu Bahagian N.5 Matunggong

Benson Tuyundo

Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Kota Marudu Bahagian N.7 Tandek

Berita

Lebih 1,000 orang hadir meriahkan Sambutan Karamazan Kokotuai PMRM 2024


22 Jun 2024
Dewan Pertubuhan Momogun Rungus Malaysia (PMRM)

Sambutan Karamazan Kokotuai Pertubuhan Momogun Rungus Malaysia (PMRM) dirasmikan YB Datuk Peter Anthony Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) diiringi YB Datuk Wetrom Bahanda Ahli Parlimen P.168 merangkap ADUN N.6 Bandau yang juga Timbalan Presiden PKDM.

Majlis diserikan dengan kehadiran AMT PKDM Pusat merangkap Penyelaras PKDM Kota Belud Datuk Alimuddin Kaida, Datuk Baintin Adun, wakil-wakil parti Kerajaan Madani dan Kerajaan Negeri Sabah serta pemimpin-pemimpin tempatan.

Lebih 1,000 orang yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum bukan sahaja datang dari N.5 Matunggong bahkan dari luar daerah juga turut bersama-sama memeriahkan sambutan tersebut.

Pelbagai persembahan seperti nyanyian, tarian Mongigol Sumundai, sukan rakyat dan cabutan tiket bertuah juga menghiburkan para tetamu serta pengunjung sepanjang majlis ini berlangsung.

Syabas dan terima kasih ditujukan kepada pihak urus setia penganjur yang telah memberikan komitmen tinggi dalam menjayakan majlis ini dengan penuh meriah.

Semoga sambutan ini akan dapat menjadi penghubung dalam mengeratkan tali silaturahim sesama kita selaras dengan semangat dan aspirasi Kerajaan Madani.

#datukwetrombahanda
#parlimenkotamarudu
#kotamaruduberubah
#suarakotamarudu

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hakcipta © 2025 Bahagian Media Pejabat Parlimen P.168 Kota Marudu

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.