Sabtu, 25 April 2026
Kawasan Magandai, N.7 Tandek
Perjalanan hari kedua Kembara Magandai Dihatiku 4.0 diteruskan dengan aktiviti jelajah di kawasan Magandai. Rombongan memulakan hari dengan sarapan pagi sebelum membuat persiapan awal termasuk memuatkan sebanyak 117 kampit beras ke dalam trak untuk diagihkan kepada penduduk kampung. Sekitar jam 8.30 pagi, rombongan bertolak menuju destinasi yang telah dirancang.
Destinasi pertama yang dikunjungi ialah Kampung Binontungan Suyad diikuti Kampung Minisulang, Kampung Sonsogon Magandai, Kampung Tikalod dan seterusnya Kampung Sonsogon Paliu. Setiap kunjungan memberi peluang kepada YB Datuk Wetrom Bahanda untuk berinteraksi secara dekat dengan penduduk setempat sambil menyampaikan sumbangan yang telah disediakan.
Di Kampung Sonsogon Paliu, YB Datuk Wetrom turut meluangkan masa meninjau sungai yang telah ditagal dan pernah dirasmikan oleh beliau sendiri pada tahun 2023. Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan usaha pemeliharaan sumber alam terus memberi manfaat kepada penduduk kampung.
Rombongan kemudiannya meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir iaitu Kampung Sonsogon Mogis sebelum menamatkan jelajah sekitar jam 3.30 petang. Di kampung tersebut, YB Datuk Wetrom telah mengumumkan inisiatif perkhidmatan pengangkutan percuma khusus untuk penduduk Kampung Mogis yang akan dilaksanakan setiap dua bulan sekali dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.168 Kota Marudu sebagai usaha meringankan beban masyarakat setempat.
Walaupun seharian bergerak dari satu kampung ke kampung yang lain dalam keadaan cuaca panas terik, semangat kebersamaan dan komitmen untuk terus mendekati masyarakat tetap menjadi keutamaan dalam kembara ini.
Selepas kembali ke SK Magandai, perjalanan yang mengambil masa kira-kira 40 minit, rombongan berehat sambil membuat persiapan bagi program santai pada sebelah malam.
#datukwetrombahanda
#parlimenkotamarudu
#kotamaruduberubah
#suarakotamarudu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan