Sabtu, 21 Mac 2026
Kediaman YB Datuk Wetrom Bahanda, Bukit Matunggong Jaya
Ramai tetamu daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat telah hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman YB Datuk Wetrom Bahanda kelmarin.
Majlis yang berlangsung dari jam 12.30 tengah hari hingga 4.00 petang itu turut diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen P.167 Kudat, YB Datuk Verdon Bahanda, yang meluangkan masa bersama tetamu dalam suasana hari raya pertama yang meriah dan penuh muhibah.
Para hadirin turut menikmati pelbagai hidangan tradisional raya seperti sate dan kuih-muih sambil dihiburkan dengan persembahan nyanyian karaoke yang menambahkan kemeriahan suasana Aidilfitri. Walaupun majlis rasmi berakhir pada jam 4.00 petang, tetamu masih terus hadir sehingga selepas jam 5.00 petang.
Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu dan pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Semoga sambutan Aidilfitri kali ini membawa keberkatan dan terus mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan kita semua.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M. Maaf Zahir & Batin.
#datukwetrombahanda
#parlimenkotamarudu
#kotamaruduberubah
#suarakotamarudu
#n.5Matunggong

Tiada ulasan:
Catat Ulasan