YB Datuk Wetrom Bahanda

Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu

Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)

Payan Diman

Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Kota Marudu

Emran Maidin

Pegawai Khas Parlimen P.168 Kota Marudu

Mohd Ari Nadzrah Bin Abd Rahman

Pegawai Khas Parlimen P.168 Kota Marudu

Stephen Goh

Pegawai Khas Parlimen P.168 Kota Marudu

Maizol Piang

Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Kota Marudu Kawasan N.5 Matunggong

Lawrence P Saibon

Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Kota Marudu Kawasan N.7 Tandek

Benson Tuyundo

Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Kota Marudu Kawasan N.7 Tandek

Dennelton

Media Parlimen P.168 Kota Marudu

Berita

Walkabout sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026

 

Ahad, 08 Februari 2026
Pekan Bandau

Program Walkabout sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang diketuai oleh YB Datuk Wetrom Bahanda telah berjalan dengan lancar pagi tadi di sekitar Pekan Bandau.

Walaupun panas terik, ia tidak menghalang YB Datuk Wetrom untuk berinteraksi secara langsung dengan para peniaga dan penduduk setempat, bertanya khabar dan juga mendengar pandangan serta keperluan mereka. 

Secara keseluruhan, program ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim sempena perayaan malah mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan beliau dalam memupuk perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Terima kasih kepada semua yang terlibat bersama-sama menghabiskan walkabout ini dengan jayanya. Terima kasih juga kepada semua pemilik premis yang sudi menerima kehadiran kami.

Turut serta dalam program ini ialah Datin Doren Yubing isteri kepada YB Datuk Wetrom, rombongan pegawai-pegawai Pejabat Parlimen Kota Marudu bersama ahli jawatankuasa parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang sentiasa memberi sokongan terhadap aktiviti kemasyarakatan.

Selamat menyambut Tahun Baharu Cina 2026. Gong Xi Fa Cai!

#datukwetrombahanda
#parlimenkotamarudu
#kotamaruduberubah
#suarakotamarudu
#n.5Matunggong

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hakcipta © 2026 Bahagian Media Pejabat Parlimen P.168 Kota Marudu

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.