19-21 September 2024
Kampung Sonsogon Paliu, Mogis, Minisulang, Sungai Magandai (SK Magandai)
Kembara Magandai Di Hatiku 3.0 anjuran Pejabat Parlimen Kota Marudu diketuai oleh YB Datuk Wetrom Bahanda Ahli Parlimen P.168 merangkap ADUN N.6 Bandau merupakan inisiatif yang sangat bermakna, khususnya dalam usaha untuk menyantuni penduduk kampung Sonsogon sempena Hari Malaysia.
Program ini bukan sahaja meraikan hari kemerdekaan, tetapi juga menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat dengan menghantar sumbangan baik pulih rumah, beras dan lampu solar kepada penduduk kampung seterusnya menyerahkan sumbangan kewangan untuk 'sogit' tagal sungai di kampung Sonsogon Paliu.
Lawatan ini juga berfungsi sebagai platform untuk mendengar suara dan keperluan penduduk, sekaligus merapatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat melalui aktiviti riadah.
Sepanjang program tiga hari, terdapat aktiviti-aktiviti yang terpaksa dicepatkan dan lokasi bermalam di kampung Sonsogon Mogis ditukar ke Sekolah Kebangsaan Magandai disebabkan halangan daripada pihak tertentu untuk menggunakan balai raya, aset milik kerajaan.
Walaupun berlaku perubahan jadual yang drastik, matlamat program tetap tercapai sepenuhnya. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutama Persatuan 4WD Anak Marudu yang bertungkus-lumus menyediakan pengangkutan 4X4.
Di kesempatan ini juga YB Datuk Wetrom berterima kasih kepada Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas keprihatinan beliau menaik taraf jalan raya Tondig-SK Magandai.
Semoga program Kembara Magandai Di Hatiku 3.0 memberikan impak positif kepada penduduk sekitar dengan membawa manfaat kepada masyarakat dalam bentuk bantuan, pendidikan dan pembangunan infrastruktur. Inisiatif seperti ini juga diharapkan dapat mengukuhkan kerjasama yang berterusan untuk kebaikan bersama.
Turut bersama Datin Doren Yubung isteri kepada YB Datuk Wetrom, Pegawai Khas Parlimen P.168 Mohd Ari Nadzrah dan Stephen Goh, Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Bahagian N.7 Tandek Benson Tuyundo serta Puan Ellana Az Ketua Wanita Penyelaras PKDM N.5 Matunggong.
#datukwetrombahanda
#parlimenkotamarudu
#kotamaruduberubah
#suarakotamarudu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan