16 September 2024
Padang Kampung Tinangol
Gumantung Run 2024 anjuran Pejabat Perhubungan Parlimen N.5 Matunggong dirasmikan YB Datuk Wetrom Bahanda Ahli Parlimen P.168 merangkap ADUN N.6 Bandau diiringi Datin Doren Yubing.
Acara ini yang julung kali diadakan pada tahun 2021 bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah.
Aktiviti tersebut yang merupakan acara tahunan YB Datuk Wetrom bukan sahaja untuk menanam semangat kemerdekaan malah dapat mempromosikan produk pelancongan yang terdapat di sekitar Matunggong kepada peserta-peserta yang datang dari luar daerah.
Program turut dimeriahkan dengan acara cabutan tiket bertuah dimana para pemenang bertuah berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah seperti periuk nasi elektrik, kipas dan lain-lain.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang Gumantung Run 2024. Kemenangan anda adalah hasil usaha dan semangat yang tinggi. Teruskan berlari dan menjadi inspirasi kepada masyarakat setempat untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Turut bersama Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Tuan Payan Diman, Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Bahagian N.5 Matunggong Tuan Herwin Maranjak, Puan Ellana Az Ketua Wanita Penyelaras PKDM N.5 Matunggong dan Ketua Pemuda PKDM N.5 Matunggong Kefwin Kuaya.
#datukwetrombahanda
#parlimenkotamarudu
#kotamaruduberubah
#suarakotamarudu
#n5matunggong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan