Sabtu, 28 Jun 2025
Dewan Pertubuhan Momogun Rungus Malaysia (PMRM), N.5 Matunggong
Sambutan Karamazan Kokotuai Pertubuhan Momogun Rungus Malaysia yang diadakan pada Sabtu lepas telah dirasmikan dengan jayanya oleh YB Datuk Wetrom Bahanda, Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu merangkap ADUN N.6 Bandau yang juga Presiden PMRM dan Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).
Majlis tersebut berjaya menarik kehadiran lebih 2,500 orang yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum bukan sahaja datang dari kawasan N.5 Matunggong malah turut dihadiri oleh pemimpin dari luar daerah iaitu Datuk Alimuddin Kaida AMT Parti KDM Pusat merangkap Penyelaras Parti KDM Kota Belud dan artis tempatan Tuan John Samud.
Dalam ucapan perasmiannya, YB Datuk Wetrom menzahirkan penghargaan kepada seluruh jawatankuasa penganjur dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran sambutan ini. Beliau turut menegaskan komitmen PMRM untuk terus memperkasa program berteraskan budaya dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum khususnya generasi muda.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua 11 peserta Gimpuhut Kokotuai PMRM 2025 serta para pemenang cabutan tiket bertuah. Semoga sambutan ini akan dapat menjadi penghubung dalam mengeratkan tali silaturahim sesama kita selaras dengan semangat dan aspirasi Kerajaan Madani.
#datukwetrombahanda
#parlimenkotamarudu
#kotamaruduberubah
#suarakotamarudu
#n.5Matunggong

Tiada ulasan:
Catat Ulasan