Ahad, 06 April 2025
Dewan Komuniti Kota Marudu
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen P.168 Kota Marudu yang diadakan dari jam 11 pagi hingga jam 3.30 petang kelmarin berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan dan muhibah.
Ribuan pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat bukan sahaja datang dari daerah Kota Marudu bahkan dari luar daerah telah memenuhi perkarangan dewan seawal jam 10 pagi.
Sambutan yang hangat ini mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian yang terus terpelihara dalam kalangan penduduk berbilang kaum dan agama di daerah ini.
Keceriaan majlis semakin terasa apabila YB Datuk Wetrom Bahanda Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu merangkap ADUN N.6 Bandau bersama isteri Datin Doreen Yubing meluangkan masa menyantuni generasi muda dengan menyampaikan sumbangan duit raya kepada lebih 500 orang kanak-kanak.
Majlis bertambah meriah lagi dengan persembahan artis jemputan iaitu Sitipah Jahamin, penyanyi 'legend' Sabah Abu Bakar Ellah dan John Samud serta tarian daripada pelajar-pelajar SMK Tandek.
Terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir bagi memeriahkan suasana Aidilfitri ini dan semua pihak yang bertungkus lumus untuk memastikan penganjuran Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen P.168 Kota Marudu dilaksanakan dengan jayanya.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Priscella Peter Pemangku Presiden KDM, YB Datuk Verdon Bahanda Ahli Parlimen P.167 Kudat, Datuk Redonah Bahanda Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Goh Wak Kheng Yang Dipertua Dewan Perniagaan Tionghua Kota Marudu, ASP Jais Bin Adok wakil Balai Polis Daerah Kota Marudu, Tuan Khairuddin Jamal wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu, Puan Meirin Binti Sugara Pegawai Daerah Kota Marudu, Tuan Jaiping Minsu Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort, Puan Tinah Maralin Penolong Pegawai Daerah Matunggong, Tuan Josely Taising Ketua Cawangan KWSP Kota Marudu, Tuan OKK Mohamad Mahmat, Datuk Alimuddin Kaida AMT PKDM Pusat merangkap Penyelaras PKDM Kota Belud, Dato Baintin Adun Ketua Penyelaras Parti KDM N.7 Tandek, wakil-wakil parti Kerajaan Madani dan Kerajaan Negeri Sabah serta pemimpin-pemimpin tempatan yang lain.
#datukwetrombahanda
#parlimenkotamarudu
#kotamaruduberubah
#suarakotamarudu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan