YB Datuk Wetrom Bahanda

Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu

Ahli Dewan Undangan Negeri N.6 Bandau

Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)

Payan Diman

Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Kota Marudu

Emran Maidin

Pegawai Khas Parlimen P.168 Kota Marudu

Mohd Ari Nadzrah Bin Abd Rahman

Pegawai Khas Parlimen P.168 Kota Marudu

Stephen Goh

Pegawai Khas Parlimen P.168 Kota Marudu

Herwin Maranjak

Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Kota Marudu Bahagian N.5 Matunggong

Benson Tuyundo

Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Kota Marudu Bahagian N.7 Tandek

Berita

Kampung Tagibang I Program Pemimpin Bersama Rakyat N.7 Tandek 2024

 

#Bahagian1 (Kampung Tagibang)

 

29-30 November 2024
Kampung Tagibang, Garung, Melangkap Tengah

Program Pemimpin Bersama Rakyat N.7 Tandek anjuran Pejabat Parlimen Kota Marudu  merupakan inisiatif YB Datuk Wetrom Bahanda untuk menyantuni dan mendekati penduduk di kawasan Tandek.

Lawatan kali ini melibatkan tiga buah kampung iaitu kampung Tagibang, Garung dan Melangkap Tengah yang terletak jauh di sempadan antara daerah Ranau dan Kota Marudu menjadikannya antara kawasan yang memerlukan perhatian khusus daripada pihak pemimpin.

Melalui program ini, YB Datuk Wetrom Bahanda dapat mendengar sendiri keperluan dan rintihan penduduk setempat sambil menyampaikan bantuan serta khidmat yang relevan. Usaha ini juga mencerminkan komitmen beliau dalam memperjuangkan hak dan kesejahteraan masyarakat terutama di kawasan pedalaman.

Semasa lawatan di kampung Tagibang YB Datuk Wetrom merasmikan Penutupan Perkhemahan Perdana Badan Beruniform SK Tagibang 2024/2025 dan menyerahkan beberapa sumbangan kepada PIBG, 100 keping zink untuk lima keluarga dan alatan sukan.

Di kesempatan ini juga YB Datuk mengumumkan peruntukan RM10,000.00 untuk pembaikan astaka SK Tagibang dan sumbangan untuk program penduduk kampung sebanyak RM20,000.00.

Sebelum bergerak ke kampung Garung YB Datuk sempat meninjau keadaan klinik kesihatan Tagibang yang dibina oleh penduduk kampung tetapi tidak dapat digunakan oleh KKM.

Turut bersama Datin Doren Yubung isteri kepada YB Datuk Wetrom, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Payan Diman, Pegawai Khas Parlimen P.168 Mohd Mohd Ari Nadzrah dan Stephen Goh, Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Bahagian N.7 Tandek Benson Tuyundo, Puan Leanis Masan Ketua Wanita Penyelaras Parti KDM N.5 Matunggong dan Naib Ketua Bahagian Parti KDM P.168 Lawrence Saibon serta Dato Baintin Adun.

#datukwetrombahanda
#parlimenkotamarudu
#kotamaruduberubah
#suarakotamarudu

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hakcipta © 2025 Bahagian Media Pejabat Parlimen P.168 Kota Marudu

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.