#Bahagian2 (Kampung Garung)
29-30 November 2024
Kampung Tagibang, Garung, Melangkap Tengah
Perjalanan ke kampung Garung menghadapi cabaran apabila jalan utama tidak dapat dilalui akibat keadaan sungai yang dalam dan deras. Rombongan terpaksa menggunakan laluan alternatif melalui Jalan Perhutanan yang memakan masa selama dua jam.
Walaupun berlaku kelewatan, program-program yang telah dijadualkan pada waktu petang tetap terlaksana dengan baik seperti sukaneka bersama penduduk kampung, penyerahan alatan sukan dan ziarah rumah ke rumah.
Program bersambung pada sebelah malam iaitu Sesi Ramah Mesra dan Makan Malam Bersama Penduduk Kampung Garung yang disempurnakan oleh YB Datuk Wetrom Bahanda.
Bagi mewarnai lagi suasana beberapa aktiviti dijalankan seperti penyampaian sumbangan kepada warga emas dan kanak-kanak, bantuan beras, malam kebudayaan disusuli persembahan tarian dan karaoke.
Turut bersama Datin Doren Yubung isteri kepada YB Datuk Wetrom, Pegawai Khas Parlimen P.168 Mohd Ari Nadzrah dan Stephen Goh, Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Bahagian N.7 Tandek Benson Tuyundo, Puan Leanis Masan Ketua Wanita Penyelaras Parti KDM N.5 Matunggong dan Dato Baintin Adun Naib Ketua Bahagian Parti KDM P.168.
#datukwetrombahanda
#parlimenkotamarudu
#kotamaruduberubah
#suarakotamarudu
Kampung Garung | Program Pemimpin Bersama Rakyat N.7 Tandek 2024
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan