YB Datuk Wetrom Bahanda

Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu

Ahli Dewan Undangan Negeri N.6 Bandau

Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)

Payan Diman

Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Kota Marudu

Emran Maidin

Pegawai Khas Parlimen P.168 Kota Marudu

Mohd Ari Nadzrah Bin Abd Rahman

Pegawai Khas Parlimen P.168 Kota Marudu

Stephen Goh

Pegawai Khas Parlimen P.168 Kota Marudu

Herwin Maranjak

Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Kota Marudu Bahagian N.5 Matunggong

Benson Tuyundo

Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Kota Marudu Bahagian N.7 Tandek

Berita

Kampung Melangkap Tengah | Program Pemimpin Bersama Rakyat N.7 Tandek 2024


#Bahagian3 (Kampung Garung - Kampung Melangkap Tengah)

29-30 November 2024
Kampung Tagibang, Garung, Melangkap Tengah

Sebelum bertolak ke destinasi terakhir di kampung Melangkap Tengah YB Datuk Wetrom berkesempatan mengadakan sesi bersama penduduk kampung dan melawat tapak Projek Mesra Rakyat (PMR) serta meninjau keadaan gereja SIB Garung.

Kehadiran YB Datuk Wetrom Bahanda dalam Program Pemimpin Bersama Rakyat Kampung Melangkap Tengah memberikan ruang kepada masyarakat setempat untuk berinteraksi secara langsung dengan beliau serta mendapatkan maklumat dan sokongan mengenai pelbagai inisiatif yang dijalankan di kawasan mereka.

Program ini juga merupakan satu platform untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat dalam usaha memperkukuhkan kesejahteraan masyarakat.

Lawatan turut diisi dengan program ziarah kasih di beberapa buah rumah yang ada ahli keluarga sedang sakit dan meninjau keadaan jambatan gantung usang yang memerlukan pembaikan segera.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program dua hari ini. Semoga Program Pemimpin Bersama Rakyat N.7 Tandek memberikan impak positif kepada penduduk sekitar ke arah kerjasama yang berterusan untuk kebaikan bersama.

Turut bersama Datin Doren Yubung isteri kepada YB Datuk Wetrom, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Payan Diman, Pegawai Khas Parlimen P.168 Mohd Ari Nadzrah  dan Stephen Goh, Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Bahagian N.7 Tandek Benson Tuyundo, Puan Leanis Masan Ketua Wanita Penyelaras Parti KDM N.5 Matunggong dan Naib Ketua Bahagian Parti KDM P.168 Lawrence Saibon serta Dato Baintin Adun.

#datukwetrombahanda
#parlimenkotamarudu
#kotamaruduberubah
#suarakotamarudu

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hakcipta © 2025 Bahagian Media Pejabat Parlimen P.168 Kota Marudu

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.