#Bahagian1
Sabtu, 25 Januari 2025
Pekan Bandau, Pekan Tandek, Pekan Goshen
Program Tinjauan Mesra (Walkabout) sempena Tahun Baharu Cina diketuai YB Datuk Wetrom Bahanda Ahli Parlimen P.168 merangkap ADUN N.6 Bandau bersama rakan-rakan dari Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Bahagian Kota Marudu dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.168 Kota Marudu.
Walaupun panas terik, ia tidak menghalang seramai lebih 50 orang peserta mengikuti walkabout sekitar Pekan Bandau, Pekan Tandek dan Pekan Goshen, yang bermula pada jam 9.00 pagi di Pekan Bandau dan berakhir pada jam 2.30 petang di Pekan Goshen.
Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat sambil menyampaikan ucapan sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Terima kasih kepada semua yang terlibat bersama-sama menghabiskan walkabout ini dengan jayanya. Terima kasih juga kepada semua pemilik premis yang sudi menerima kehadiran kami.
Selamat menyambut Tahun Baharu Cina 2025. Gong Xi Fa Cai!
#datukwetrombahanda
#parlimenkotamarudu
#kotamaruduberubah
#suarakotamarudu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan