Ahad, 26 Januari 2025
Pekan Sikuati, N.5 Matunggong
Selepas Program Tinjauan Mesra kelmarin, hari ini YB Datuk Wetrom Bahanda Ahli Parlimen P.168 merangkap ADUN N.6 Bandau bersama rakan-rakan dari Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Bahagian Matunggong, Bandau, Tandek dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.168 Kota Marudu mengadakan walkabout di sekitar pekan Sikuati.
Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai walkabout dari jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Terima kasih juga kepada semua peniaga tamu dan pemilik premis yang sudi menyambut kedatangan kami. Semoga kita akan terus bekerjasama pada masa hadapan!
Selamat menyambut Tahun Baharu Cina 2025. Gong Xi Fa Cai!
#datukwetrombahanda
#parlimenkotamarudu
#kotamaruduberubah
#suarakotamarudu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan